PENDAFTARAN DAN IMTIHAN KAFAAH UNIV. YARMOUK

Maklumat berkenaan pendaftaran:
Bagi pelajar tahun satu, anda akan menduduki tiga ujian pencapaian sebelum bermulanya semester.
1.       Placement test ( kafaah )
·         Bahasa arab

·         Bahasa inggeris

·         Computer
-pelajar-pelajar yang lulus ujian kafaah boleh terus mengambil subjek tersebut di jamiah.
-pelajar-pelajar yang gagal, diwajibkan mendaftar madah istidraki.

2.       Pusat bahasa ( markaz lughah )
·         Membaca ( qiraah )
·         Menulis ( kitabah )
·         Mendengar ( istima’ )
·         Lisan ( muhadasah )
-ujian ini diwajibkan pada semua pelajar selain tajsir dan IKIP.
-sekiranya tidak lulus , pelajar perlu mendaftar markaz lughah (tidak wajib ambil)
-sekiranya lulus (mustawa 4 ba), pelajar diberi pilihan sama ada untuk mendaftar atau tidak .
-yuran bagi markaz lughah adalah 400 JD.
-pelajar yang mendaftar markaz lughah dibenarkan untuk mendaftar maksimum 6 jam kredit bagi semester tersebut. Iaitu 2 madah.

3.       Ujian al- quran
·         Tajwid dan kelancaran
-pelajar yang gagal perlu mengambil tilawah istidraki.
-pelajar yang lulus boleh terus mendaftar madah tilawah 1.
-pelajar kuliah syariah diwajibkan menghafaz 6 juzuk al-quran dalam 3 madah tilawah yang berbeza.

No comments:

Post a Comment