KOS SARA DIRI DI JORDAN

Jordan merupakan negara yang mempunyai nilai matawang yang agak tinggi berbanding Malaysia. Harga barangan di negara ini juga sedikit mahal menyebabkan kos sara diri di Jordan lebih tinggi berbanding di Malaysia.
  • Anggaran Kos Hidup di Jordan (Sebulan)
Sewa rumah
50-80 JD
Belanja rumah
20 JD
Belanja makan ringan-ringan
30 JD
Bil air + elektrik
15 JD
Tambang pengangkutan
5-10 JD
Perhubungan (Kredit + Internet)
15 JD
Kitab + alat tulis
10 JD
Kecemasan & lain-lain
15 JD

Jadual di atas merupakan anggaran kos hidup pelajar-pelajar di Jordan khususnya di mantiqah Irbid. Namun harus diingatkan kepada pelajar-pelajar, perbelanjaan bulanan boleh jadi lebih rendah atau lebih tinggi dari apa yang telah dinyatakan bergantung kepada bagaimana pelajar tersebut mengurus kewangannya.
  • Anggaran Kos Barangan Keperluan bagi Pelajar Tahun Pertama
Tilam & katil
60 JD
Bantal
3 JD
Almari
20 JD
Meja belajar
20 JD
Kelengkapan dapur
30 JD
Kipas angin
20 JD
Rak buku
20 JD
Selimut tebal (Musim sejuk)
30 JD
Keperluan musim sejuk
30 JD

Kelengkapan-kelengkapan rumah ini bergantung juga dengan keadaan rumah yang bakal ditempatkan untuk pelajar tahun pertama. Ada penempatan yang sudah tersedia pelbagai kelengkapan contohnya asrama @ sakan (tilam, katil, almari, dan meja belajar sudah tersedia) jika tidak ada, pelajar perlu membeli kelengkapan sendiri.

  • Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI) melalui Jawatankuasa Kerja Perhubungan dan Penempatan (JKKPP) akan membantu pelajar baru dalam urusan penempatan.
  • Ini merangkumi urusan penempatan(sewa rumah) sebaik sahaja pelajar baru tiba dan urusan pembelian barangan asas seperti yang tertera.
Terdapat sedikit perbezaan kos hidup pelajar Yarmouk dan pelajar Just dari segi pengangkutan dan buku-buku pelajaran.
  • Anggaran kos pengangkutan dan buku pelajaran 

Yarmouk
Just
Pengangkutan
5 JD
30 JD
Buku & nota pelajaran
30 JD
20 JD
  • Universiti JUST terletak agak jauh daripada kawasan penempatan pelajar. Oleh itu, pelajar perlu menaiki bas untuk ke universiti manakala pelajar Yarmouk hanya berjalan kaki untuk ke universiti memandangkan jarak yang dekat dengan penempatan. 
  • Pelajar JUST perlu membeli buku teks (contoh : Guyton Medical Physiology, Grants Atlas Of Anatomy dan lain-lain).  Buku teks ini akan digunakan sepanjang pembelajaran di JUST. Pelajar perlu membelanjakan antara JD 50 – 100 berdasarkan buku teks yang diperlukan.
  • Kebiasaannya, pelajar Yarmouk akan membeli kitab (contoh : Tafsir Al-Munir, Sahih Bukhari, Mughni Muhtaj dan lain-lain) untuk digunakan sebagai rujukan. Ini akan menambahkan lagi kos pelajaran antara JD 100 – 300 berdasarkan kegunaan. Walaubagaimanapun, pihak universiti tidak mewajibkan pelajar untuk memiliki kitab-kitab ini.
* Kadar pertukaran :
  1.00 JD = RM 4.60
  (Tertakluk kepada perubahan kadar mata wang asing)





No comments:

Post a Comment