Tuesday 2 September 2014

Catatan Di Hari Pertama

KLIA, Sepang.
Rabu 4 September 2013.
9:00 Malam waktu Malaysia.

Masa yang ditunggu sudah tiba.
Rasa sebak tiba-tiba. Bagasi da di 'check-in' dgn selamat. Tinggal nak turun je ni. Air mata tunggu masa je untuk jatuh. 'Tenang! buat cool je,' cuba pujuk diri sendiri. Perjalanan perlu diteruskan.

Dengan berbekalkan sebuah beg laptop di belakang dan hand carry di tangan belah kiri, aku terus berjalan. Langkah terhenti. Pusing. Senyum. Lambai.

Selamat tinggal mak ayah. Selamat tinggal kawan-kawan. Selamat tinggal Malaysia. Selamat tinggal semua.
Perginya aku bukan saja-saja dan aku harap pergi ini pergi yang membawa makna.

Tepat 10:00 malam.
Bertolak dari Malaysia ke Jordan dengan bermacam rasa.

                                                          . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Queen Alia International Airport, Amman, Jordan.
Khamis 5 September 2013.
5:00 pagi waktu Jordan.

Perjalanan yang memakan masa hampir 12 jam kini berakhir. Naik kematu duduk kat dalam kapal terbang tu lama-lama. Sampai-sampai je rasa pelik. Lengang semacam airport ni. Tak ada orang ke ?

Ohh baru perasan, sekarang subuh. Pagi-pagi subuh macam ini, logik je kot kalau tak ada orang. Terus pergi beratur untuk cop visa. Then turun untuk ambik beg. Lama bebenor nak menunggunya, solat subuh belum lagi ni. Rombongan kami ada dalam 60 orang, semua dok menunggu. Da dapat beg masing-masing, cepat-cepat cari bilik air nak berwudu'.

Tapi bilik air yang dijumpai tidak sebesar mana. Hanya ada tiga sinki dan dua tandas. Tak ada tempat ambil wudu'. Sinki pon sinki lah asalkan boleh ambik wudu'. Kami pon berwudu' seperti biasa. Tetiba ada mak cik arab ni masuk dengan membebel-bebel sambil pegang penolak air.

Faham jela orang baru sampai, mana nak faham mak cik ni cakap apa. Kami bertanya sesama sendiri "Kenapa, tak boleh guna ke bilik air ni ?" Soalan dibiar tanpa jawapan. Kami hanya melihat mak cik Arab tu.
Dia tarik-tarik air yang mengalir di lantai bilik air ke dalam lubang. Normal la kalau basah-basah, nama pon bilik air. Tapi mungkin bukan normal bagi arab-arab ni.

Pelajaran pertama kami di Jordan : Jordan tak sama dgn Malaysia, Arab tak suka basah-basah, bilik air kalau boleh nak sentiasa kering je.

Ke bilik air kat Malaysia je yang basah-basah ni ??

                                                   . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. .. . . .

Queen Alia
7:00 pagi

Tiba masa rombongan kami berpecah. Sebahagian ke Irbid, sebahagian lagi ke Mafraq dan selebihnya ke Mu'tah.

Di bahagian pintu utama kami nampak ada beberapa pelajar Melayu sedang menunggu di sana. 'Diorang ke yang sambut kita?'

Mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman sambil mengucapkan selamat datang. Kami hanya senyum dan menyambut huluran tangan mereka. Kami berasa sedikit lega. Ada orang sambut, tak ada lah tersesat ke mana-mana kami lepas ni. Rupa-rupanya mereka lah Ajk Sambutan Pelajar Baru atau lebih dikenali dengan SPB.

Pelajar yang akan ke Irbid tidak sampai pun 10 orang. Ajk-ajk tadi membantu kami membawa barang-barang kami ke dalam bas. Hati ku menjerit riang "Irbid !!kami datang"..Bermacam-macam yang aku rasa dikala ini, terkadang teruja, sedih teringatkan keluarga, penat dan sebagainya. Sebelum bertolak, kami abadikan kenangan ketibaan kami dalam sekeping gambar.

Bermula lah perjalanan penuh kecoklatan dan kekuningan. Al maklumlah, padang pasir. Di dalam bas, kami diberikan sedikit taklimat mengenai keselamatan. Jaga barang-barang berharga, jaga diri. Itu je pesanan dia. Atau lebih tepat, itu je yang aku dapat dengar. Mata lebih tertumpu pada pemandangan yang terlalu asing buat aku.

                                                      . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Irbid
9.30 pagi


Perjalanan selama sejam lebih tadi membawa kami sampai ke sini. Kata mereka inilah Irbid. Kami pun percaya je kata mereka. Yela, takkan nak buat degil, kata mereka menipu pula.

Kami dipecahkan mengikut penempatan yang ditetapkan. Akhowat di Sakan kuning manakala syabab di rumah sewa. Sedikit taklimat diberikan dan kami disajikan dengan santapan buat mengalas perut. Makanan diambil dan terus menuju ke bilik/rumah masing-masing. Kami diberi ruang dan masa untuk berehat kerana pada petang nanti kami akan keluar bersama mentor.

Mentor ni apa pula ? Kami telah diperkenalkan dengan senior. Mereka kata senior tu mentor kami. Kami tak berapa pasti mentor apa. Kami hanya menurut. Apa yang pasti ia bukanlah sesuatu yang buruk.

                                                          . . . . . . .  . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Syari' Jamiah
5.00 petang

Keluar berjalan bersama mentor, banyak benda baru yang kami belajar. Mungkin inilah tugas mereka. Membantu kami yang serba serbi tak tahu. Perkara pertama yang diperkenalkan kepada kami adalah 'WEINAK'. Gembira tak terkata bilamana kami dapat menghubungi Malaysia dengan weinak tersebut. Walau baru berpisah untuk beberapa jam tapi rindu yang di rasa bagai tidak tertanggung lagi.

Petang itu, mentor membantu kami menguruskan hal pertukaran wang dan membeli simkad. Serasa itu perkara yang paling penting sebelum menguruskan hal-hal yang lain.

Sejujurnya, berjalan-jalan dengan dikelilingi arab tidaklah begitu menerujakan. Perasaan yang ada waktu tu lebih kepada takut dan bimbang. Mana tak nya, wang yang di bawa bukan sedikit tambah pula tempat ini terlalu+teramat asing bagi kami. Tapi tidak perlu terlalu menunjuk perasaan takut dan bimbang itu, sebaliknya kita perlu berwaspada dan berhati-hati. Mungkin nanti lama-lama akan wujud juga keterujaan itu. Mungkin.

Kami tidak dibenarkan keluar pada waktu malam memandangkan ianya adalah peraturan yang di buat untuk kami pelajar baru. Jadi kami bermalam di rumah mentor agar mudah kami bertanyakan apa-apa soalan yang bersarang di hati. Kehadiran mentor sangat-sangat membantu kami. Mereka sanggup teman ke sana, teman ke sini. Tunjuk itu tunjuk ini. Banyak mereka berhabis untuk kami.

Hari itu hari yang cukup memenatkan. Dengan perjalanan yang jauh + jetlag lagi, kesannya, kami tidur seawal jam 8.30 malam.

Hari itu masih segar dalam ingatan. Bagaimana hari anda pula ye?



                                        . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Rasa tak percaya kami sudah berada di Jordan waktu pertama kali tiba di sini. Tapi tetap kena percaya juga sebab memang sudah berada di sini.

Saat kapal terbang sudah mendarat di landasan, saat kita keluar dari perut kapal, saat kita di sambut di lapangan terbang, saat perkataan 'Supermarket' menjadi "سوبر مركت" ,
pada saat tu lagi kita kena sedar kita sudah berada di Jordan.

Kita kena sedar yang kita datang bukan untuk main-main. Kita datang dengan tujuan dan matlamat masing-masing. Kita datang dengan tanggungjawab sebagai pelajar dan seorang muslim malah kita juga datang membawa harapan keluarga.

Jangan kerana faktor sekeliling, kita terlupa tentang matlamat utama kita ke sini.

Harus diingatkan kepada semua, datang dengan membawa hati yang ikhlas, serta mental dan fizikal yang bersedia menghadapi apa juga kemungkinan.

Malaysia dan Jordan memang lain. Hidup di Jordan tidak seindah hidup di Malaysia, tapi akan menjadi lebih indah jika kita dapat memanfaatkan sebaiknya setiap detik yang ada. Apa yang pasti, semua tu berbalik pada kita juga.

Akhir kata, Selamat Datang kepada semua. Ahlein ila Urdun. Kami menunggu anda !